Hari tu mase habis exam Bio paper 2 semua student dapat memo from pihak matrix yang kate pihak matrix x akan sediakan lagi buku tutorial untuk core subjects for next semestar.. bunyinye memang agak kejam tapi ade sebabnya kenapa pihak pengurusan buat decision macm tu.. budak2 matrix ni malas2 belaka.. kalau ade yang buat latihan for every single page pun juz a small portion of students je.. tapi yang sure kalau budak non-bumi tu memang diorang akan siapkan every single exercise.. itu la yang dapat aku katekan kenapa budak2 bumi ni x secemerlang budak2 non-bumi.. this is a fact and im one of them yang malas nak buat latihan kat tutorial book tu..
p/s
(FULL OF REGRETNESS!!)

Hari ni aku teringin pulak nak tengok cerita Papadom, aku nak tau jugak kenape cerita ni boleh menang Festival Filem Malaysia(FFM). Sekali tengok tajuk mesti korang ingat movie ni just an ordinary comedy movie je kan. Tapi ape yang cube ditekankan pengarah ialah macam mana kasih sayang seorang bapa tu yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata tapi kadang-kadang disalah erti oleh anak mahupun orang sekeliling kita.
Kehidupan miskin Saadom mendorong nya untuk bekerja dengan lebih keras hinggalah pada suatu hari dia mendapat peluang mengembangkan gerai kecilnya kepada sebuah restoran yang lebih selesa. Kehadiran Miasara menambah lagi keceriaan rumahtangga Saadom dan mendorong lagi Saadom untuk bekerja dengan lebih keras. Kehidupan Saadom bertambah selesa dan segalanya nampak sempurna tetapi perhatian yang sedikit kurang daripada Saadom menambah sedikit kekurangan dalam keluarga ini. Sehinggalah pada suatu hari...
Mon, isteri Saadom ditimpa kemalangan dan meninggal. Saadom menyalahkan dirinya kerana tidak ada di tempat kejadian. Miasara telah membesar menjadi pelajar yang bijak dan dijaga bagai menatang yang penuh oleh Saadom. Mia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam. Bagi memastikan Mia berada dalam selamat Saadom bekerja sebagai tukang kebun di situ.
Perkenalan Mia dengan seorang senior nya telah mula mengaburi tujuan utamanya ke universiti. Saadom cuba menyelamatkannya tetapi telah diugut oleh seorang penuntut di situ. Akhirnya kebenaran telah terbongkar, pihak universiti telah mengetahui identiti sebenar Saadom dan memecatnya. Mia telah disuruh untuk memberhentikan pengajiannya tetapi.....
Movie ni akan membuat penonton tidak kering gusi, tetapi serta merta mampu membuat air mata berlinangan..
-THE END-
so aku recommand korang untuk g tengok movie ni, gerenti besh!!
Hari ni aku gi tengok movie surrogates, so sekarang ni aku nak kongsi la ngan korang alkisahnya movie ni..movie citer pasal satu hari nanti manusia x perlu nak gi kerja and x payah nak buat ape2 pun..manusia hanya perlu baring kat atas katil n kawal surrogates(tumpangan) diorang..surrogates ni lebih kurang macam robot yang boleh kita kawal menggunakan otak kita dengan hanya berfikir..so manusia dalam movie trbahagi kpd 2 puak; manusia yang anti-surrogates and yang gunekan surrogates..manusia yang anti-surrogates ni ade ketua diorang yg dipnggl prophet..
So konflik nye bile orang yang cipta surrogate(dr canter) ni gaduh ngan orang partner die yang supply duit untuk buat surrogate..dr canter and orang yang sponsore untuk buat surogate ni pun trying to kill each other la..so terciptalah satu alat ni yang digunakan untuk buatkan surrogates ni malfunction tp side effect nye nanti operator aka orang yang control surrogate ni akan mati jugak..device tu akan sbabkkan otak operator tu cair..alat ni act cuba digunakan untuk bunuh dr canter tu sebenarnye so jdilah perebutan antara dr canter and sponsor die ni tadi..dr canter cuba balas dendam sbb anak die mati kne bnh dengan partner die tu..
Towards the ending nye dr canter dapat device tu and hampir menyebabkan semua orang kat dunia ni yang ade surrogate akan mati..nasib baik la hero ni ade, die managed untuk slmtkn semua org tapi die berjaya mnybbkan semua surrogates kkat dunia ni jadi malfunction and die memang sengaja..tujuannya agar manusia ni berpijak di bumi yang nyata..
-THE END-
ni la roughly yg dpt aku ceritakan pasal surrogates ni, lain korang tengok la sendiri
(im looking forward untuk tengok movie 2012 lak!!!)
Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliya dan Nur menggeleng perlahan.
Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil dan Aliya.
Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi.
Dalam keretapi, Nur memandang keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur.. dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.
~ Tamat ~
Exam pspm1 baru je habis hari Isnin hari tu and sekarang rase cam free from any burden je..haha..tapi sebulan lagi berdebar pulak nak tengok result pspm1..sekarang ni boleh la anggap time nak enjoy skit coz hampir 5 bulan get ready untuk pspm1 ni..bile fikir2 balik sedih la pulak coz ari tu time exam aku dah prepare lame tapi bile exam day rase ZERO je..tapi pe nak buat benda dah lepas biar kan lepas..pe yang aku risau skang ni is matrix pakai sistem CGPA means result sekarang carry forward g sem2..klau aku nye result sekarang ni x elok, tahun depan aku kena struggle la untuk cover result ni..so im looking forward on result je skang ni..x akan menyesal..orang kate we determine our future..klau dah cmtu je usaha kita result kita pun camtu jugak la kn!!BETOL X????
Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap menjadi isteri Adam.
Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu. Walaupun dalam e-mail Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata.
Adam turut menitiskan airmata sambil membaca e-mail di Mumbai. Adam kini bermisai dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia.
Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.
6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur, Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya.
Aidil hilang akal, kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali
apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru.
Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan Aliya kembali bersama.
Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi, sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.
Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya.
Dia berjumpa dengan Adam yang tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri.
Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang pengganas, dan hotel Adam telah ditawan.
Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Adam.
Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan sebagai hilang.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=5f0bb46a-94b7-4eb3-a678-bf2fff0329e5)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=7506ac59-85a4-4002-8d8c-042b46db9769)





















