E-Freebies For Faces And Advertlets Members

Kategori: oleh: Bambang

Hari ni aku membaca beberapa blog dan telah terbaca tentang pemberian e-freebies untuk ahli Faces dan Advertlets. Aku tidak mengetahui mengenai kerana amat jarang online, maklumlah tinggal di asrama. Bila aku membaca keterangan lanjut mengenainya baru tahu tarikh tutupnya adalah HARI INI pukul 5.00 petang.

Selepas meneliti senarai hadiah yang disediakan aku tertarik untuk memiliki album soundtrack siri TV rangkaian 8TV, KAMI. Terus terang aku katakan, aku tidak pernah berpeluang untuk menyaksikan mini siri ini semasa ditayangkan di TV. Cuma semasa cuti aku ada cuba menontonnya cerita ini yang ada disediakan di laman web 8TV. Aku mula tahu tentang cerita KAMI ini melalui kawan aku dan pertama lagi mendengar lagu-lagu dari siri ini pun dari internet.

Memandangkan cerita KAMI itu berkaitan dengan remaja sekolah maka lagu-lagu di dalam mini siri ini pun memang sesuai dengan halwa telinga para remaja. Jadi aku berharap pihak FACES dan Advertlets akan memilih aku untuk memiliki album soundtrack KAMI.

0 comments: