19 November 2007

Mahsuri

Wan AishahLegenda Mahsuri masih menjadi bualan hangat walaupun telah berkurun lamanya kisahnya berlalu. Mahsuri hanyalah anak kepada pasangan suami isteri yang miskin. Memang menjadi lumrah hidup setiap pasangan yang telah berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Kedatangan Mahsuri menambah lagi seri keluarga itu. Alkisahnya antara semua kanak-kanak yang lahir sezaman dengannya, Mahsuri merupakan yang paling comel di Langkawi hingga menjadi bualan hangat.

Anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Itulah yang dilakukan oleh semua ibu bapa tidak ketinggalan juga ibu bapa Mahsuri. Bukan hanya paras rupa yang menjadi bualan malahan budi bahasa serta sopan santunnya sering menjadi buah mulut penduduk Langkawi. Pantang melihat kesusahan pasti dia akan membantu. Ibu bapanya berasa bangga dengan Mahsuri kerana dia menjadi orang yang berguna.

Sudah menjadi kemestian bagi setiap makhluk untuk berpasangan, begitu juga dengan Mahsuri. Sudah ramai jejaka-jejaka yang masuk meminang tetapi semuanya berakhir dengan kekecewaan. Pada suatu hari ada seorang jejaka yang masuk meminang dan pinangannya diterima oleh Mahsuri. Dikatakan bahawa jejaka itu merupakan seorang yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan Langkawi. Maka musnahlah harapan semua jejaka-jejaka yang ingin memperisterikan Mahsuri.

Maka majlis perkahwinan mereka pun berlangsung dengan meriahnya. Pasangan itu hidup bahagia dan dikurniakan seorang cahaya mata untuk suatu ketika. Budi bahasa yang ditunjukkan oleh Mahsuri menjadi buah mulut penduduk di Langkawi. Ini menimbulkan perasaan iri hati Wan Mahora, isteri seorang yang berjawatan tinggi di Langkawi. Oleh itu dia menimbulkan fitnah ke atas Mahsuri dengan mengatakan dia melakukan hubungan dengan lelaki lain semasa ketiadaan suaminya.

Ini menyebabkan dia dikenakan hukuman sula tanpa usul periksa. Penduduk setempat berasa kasihan telah mengumpulkan wang emas dan harta mereka untuk menebus Mahsuri tetapi tidak diendahkan. Alkisahnya ketika tiba waktu hukumannya tiada satu pun senjata yang dapat menembusi kulit Mahsuri. Mahsuri dibiarkan terikat di batang pokok selama beberapa hari dan merana kesakitan. Disebabkan tidak dapat menanggung kesakitannya akhirnya dia memberitahu bagaimana hendak membunuhnya. Satu saja alat yang dapat menembusi kulitnya iaitu pisau ayahnya.

Maka setelah mendapatkan pisau itu hukuman terus dijalankan. Menurut sejarahnya sejurus selepas pisau itu menembusi tubuh Mahsuri darah putih terus mengalir keluar dan hilang di udara. Kepulangan suaminya disambut berita kesedihan kematian Mahsuri ditambah pula dengan kematian isterinya itu disebabkan oleh fitnah orang. Kesedihan ini menyebabkan suami Mahsuri berpindah dari Langkawi bersama-sama anak tunggal mereka Wan Hakim kerana tidak dapat menerima kenyataan isterinya dibunuh kerana fitnah orang.

Sebelum kematian Mahsuri, dia telah menyumpah tanah Langkawi supaya berada dalam kesengsaraan dan hanya berakhir selepas tujuh keturunannya. Menurut sejarahwan, keturunan yang ketujuh itu bernama Wan Aishah dan kini menetap di Thailand dan berumur 23 tahun. Sejarahwan mengatakan sepanjang Langkawi berada dalam sumpahan itu, Langkawi berada dalam huru hara dan mengalami perpecahan. Hanya selepas lahirnya keturunan ke tujuh barulah Langkawi menjadi maju dan menjadi tumpuan pelancong serta diwartakan sebagai pulau bebas cukai.

Inilah yang dapat aku ceritakan mengenai lagenda Mahsuri hasil lawatan aku ke Makam Mahsuri baru-baru ini. Banyak lagi tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia dan masing-masing mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Cuti sekolah yang ada ini gunakanlah untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Malaysia.

11 comments:

  1. tq krn sudi mengkaji dan mengetahui kisah mahsuri... tapi apa yg kamu ceritakan cuma cerita seperti di TV dan catatan yg terdapat di galeri mahsuri.. utk pengetahuan awak.... kisah sebenar mahsuri adalah amat berbeza sepertimana cerita TV dan pengakuan wan aishah sebagai keturunan ketujuh juga adalah tidak benar... kisah mahsuri sebenar tidak dapat diceritakan kepada umum bagi menjaga maruah ahli keluarga... hanya keturunan mahsuri "sebenar" mengetahui apa yang berlaku kepada mahsuri... mahsuri hanya gelaran... nama sebenarnya adalah lain... begitu juga nama ibu bapanya.... teruskan mengkaji jika berminat...

    ReplyDelete
  2. ye ke???ala....berminat nk tau kisah sebenar

    ReplyDelete
  3. masuklah dalam cari.com.my malau forem dan dapatkan cerita Mahsuri yg sebenar dan ori/

    ReplyDelete
  4. memang benar, mahsuri bukan manusia biasa, sebab itu darah dia putih.dalam kehidupan manusia di dunia ni ada pelbagai makhluk Allah dengan berbagai species.Mahsuri juga adalah manusia kayangan yang bertaraf bangsawan,namun diturunkan kebumi untuk memberi pedoman kepada manusia bumi yang hidup dengan penuh kedengkian akibat hasutan iblis.darah nya yang putih adalah benar kerana itu adalah darjat bagi keturunan bangsawan yang tinggal dikayangan.ia bukan dongeng tp realitinya sukar dibuktikan.hanya keturunan nya yang tulen sahaja yg mengetahui siapa dia yang sebenar.wan aishah..bukan lah keturunan nya..bukan keturunan nya..bukan..bukan..

    ReplyDelete
  5. alaa..kalo cam tu..sape keturunan mahsuri yg sebenarnye..

    ReplyDelete
  6. siapa lah keturunan mahsuri........

    ReplyDelete
  7. aku la............

    ReplyDelete
  8. mnggu lps sy g langkawi. tp xb'ksmptn nk msuk muziumnya tu..tq so much coz kongsikn crite sjarahnya di sini..=)

    ReplyDelete
  9. Darah Putih keluar dari tubuh Mahsuri tu sebenarnya Susu badan Mahsuri kerana ketika di tikam, Mahsuri mengandung 2 bulan..

    ReplyDelete
  10. mengandung?
    dia dah beranak lak sebelum kena tikam~
    yoyo oh~je..hehehe
    chill2

    ReplyDelete
  11. mahsuri, suatu lagenda purba yang mengagumkan

    ReplyDelete