Sesesuatu telah menyerang dengan menggangu beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor. Bantuan daripada pihak Darus Syifa juga telah dipinta untuk menyelesaikan kekecohan ini. Pihak sekolah juga telah melaporkan perkara ini kepada Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya.
Cerita ini juga telah disiarkan di akhbar Harian Metro pada hari Khamis 19 Jun Dirasuk Makhluk Bermata Merah dan hari Jumaat 20 Jun Pelajar Terus Diganggu.
Kejadian ini sebenarnya bukan kali pertama menurut Achtung dari batch 9903, ianya pernah berlaku pada tahun 2003. Sementara itu menurut Nadz dari batch 0004 pula, semasa beliau di form 1 ada terjadi kes yang sama di SM Teknik Kuala Lumpur. Beliau mengetahuinya kerana asrama pelajar perempuan dekat dengan surau SMTKL, jadi boleh dengar orang meraung menjerit.
Aku sedang cuba mengumpulkan cerita pengalaman mereka yang melalui peristiwa ini. Sebagai permulaan dipaparkan pengalaman seorang pelajar form 1 Danielliaz yang diceritakan diblog beliau. Minggu akan datang aku akan cuba paparkan pengalaman orang lain pula.
Berikut adalah cerita Danielliaz........
Pada 16 Jun, 2008 yang lepas, lebih kurang 20 pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) telah mengalami histeria. I was one of them...!!!
Mase tu time kitorang tengah prep. Then, tibe2 je warden suruh balik awal. Kitorang pun hairan jugak la...Lepas naik dorm, kakak-kakak suruh ambil air sembahyang dan suruh baca Surah Yaasin dalam dorm. Hurm...Makin tak faham la kitorang jadinye...
pastu, dorm-mate gua masuk and dia dalam keadaan yang agak pelik dan merisaukan. Dia terus baring kat katil sambil nangis-nangis. Kitorang teruskan bacaan Yaasin...
Tapi makin lama, makin ramai pulak yang menjerit! So, kakak-kakak cadangkan supaya kitorang bace Yaasin secara beramai-ramai di court bola keranjang Asrama Puteri.
Haa...Mase ni la gua pun terlibat jadi mangsa...Mase tengah baca Yaasin, gua ternampak bayang lelaki berbaju putih, tengah duduk di celah-celah beberapa orang murid lain yang juga sedang membaca Yaasin. Ahh...Itu imaginasi gua sendiri je kowt, fikir gua...so gua pun ignore jela benda tu and just continue bace...
Pastu, kawan gua kat belakang suruh gua pandang bulan yang tengah mengambang penuh masa tu...(maybe die nak maksudkan yang hantu memang banyak mase bulan mengambang)...
Sedang gua pandang2 kat bulan tu, tiba-tiba mata ni terpandang la pulak kat atas sebuah pokok berhampiran. Saat inilah baru gua sedar bahawa lelaki yang berbaju putih tadi benar-benar ada dan bukanlah hanya khayalan gua semata-mata...
Apa yang gua nampak, pada mulanya lembaga itu seperti sedang memerhati kami semua yang sedang membaca Yaasin. Tapi secara tiba-tiba sahaja matanya memandang tepat ke arah gua lalu gua terus tidak sedarkan diri...
Bila gua sedar, tengok2 gua dah ada kat dalam Dewan Budiman...(semua yang `kena` pada malam tu dibawa ke dalam dewan besar berkenaan). Setelah gua dipulihkan, Ustazah Shima call father gua di Ampang and tak lama kemudian my Dad pun sampai. Lebih kurang sejam kemudian my Dad bawa gua balik ke rumah kami di Taman Bukit Indah, Ampang...
Keesokan harinya, gua balik ke hostel semula kerana yakin keadaan sudah OK. Tapi, rupa-rupanya pagi itu ada lagi lebih kurang 20 orang telah diserang. Ada yang sampai cuba mencederakan diri sendiri. Then, mase on the way nak naik dorm, makhluk tu ade lagi and kali ni dia memandang ke arah gua dengan muka yang marah dan pandangan yang bengis. Pahal lak dia nak marah?!?
Gua pon ape lagi...dah takut sangat macam tu nangis jela yang mampu...Tapi gua still try kuatkan semangat nak pegi class petang tu sebab tak nak ketinggalan pelajaran...
Laaaaa...Mase gue tengah jalan kat blok akademik, nak pegi class, gua nampak benda tu lagi.. Ni yang tak tahan ni coz dia macam nak ikot gua plak...Gua nangis lagi...dan terus menangis sampai la Cikgu panggil. Gua cerita semuanya kat Cikgu.
Cikgu pun dah tak tahu nak buat apa agaknya and terpaksa call my Dad again. My Dad pun datang semula fetch gua and sampai hari ni, 20 Jun, gua ade kat rumah lagi.
And menurut information yang diberi, semalam pun still ada lagi students yang kena gangguan makhluk-makhluk halus tu...lain orang nampak lain jenis makhluk. Ada yang nampak makhluk berbadan hitam dan berbulu, ada yang nampak makhluk bermata merah, ada yang nampak perempuan cantik. Makhluk yang gue nampak tu muka dia pucat lesi macam mayat...
Last sekali gue dengar cerita SMSS dah keluarkan arahan supaya murid-murid balik ke rumah sehingga hari Ahad ni...
TERKINI : Pengalamanku Semasa SMSS Diserang Makhluk Halus
Biasiswa Bank Negara 2010/2011
1 jam yang lalu
























0 comments: