Sebagaimana yang semua orang tahu Sekolah Menengah Sains Selangor dilaporkan telah diserang oleh makhluk bermata merah, pelajar-pelajarnya histeria dan bagai dirasuk. Walaupun begitu cerita sebenar mungkin hanya budak-budak form 5 je yang tahu sebab semua ni melibatkan budak batch aku. Oleh itu di sini
aku cuba ceritakan apa yang telah berlaku pada minggu itu.
16 Jun, Isnin
Time tu kitorang baru habis assembly lepas tu ade sorang budak ni pengsan pastu macam ada something masuk dalam badan dia. Cikgu pun pergi jemput sorang ustaz ni ubatkan dia. Ada dua orang lagi budak cikgu suruh follow berubat. Lepas tu semua nampak macam dah elok dah.
Sebelum prep malam kitorang baca yasin ramai-ramai kat surah Ar-Rahman and then lepas isyak baru la kitorang pergi prep. Sampai je kat kelas semua budak boys berdiri kat koridor blok form 5 and azan ramai-ramai. Masa tengah azan ni start la 'benda' mengacau. Agaknya 'benda' tu marah kitorang sebab kitorang macam cabar 'dia'.
Mula-mula dua orang je tapi lepas sorang, sorang lagi kena. Ada sorang budak ni time siang tu dia dah kena ubat tapi tiba-tiba kena balik. Dia kata dia nampak ade banyak 'benda' tu kat padang wembley. Lepas tu ada la sorang budak ni pegi azan kat hujung multi purpose court tu niat dia nak halau 'benda' yang kat padang tu la, sekali dia pun kena jugak. Keadaan pun dah jadi macam hampir tak terkawal. Warden pun suruh budak-budak lain naik dorm.
Patutnya sape-sape yang ade pegang mana-mana budak yang dah kena histeria tak boleh naik dorm tapi agaknya diorang takut sangat kot. Sape-sape yang dah pegang dia kira bertanggungjawab kat mangsa (entahla aku pun tak faham sangat, orang yang cakap) tapi nak senang ceritanya kalau dia dah pegang and then dia naik dorm dia mungkin merebakkan 'benda' tu kat blok puteri. Tak lama lepas tu tiba-tiba KP girls kata ada budak dah kena kat dorm girls. Aku pun pergi la blok girls tolong angkat budak-budak yang kena. Badan je kecil tapi macam nak tangkap lembu gila, meronta-ronta sana-sini.
Kitorang pun kumpulkan budak-budak yang kena ni kat Dewan Wawasan. Warden pun ape lagi telefon la sape-sape je yang diorang kenal yang boleh ubat benda macam ni. Macam-macam gaya ada, ada gaya macam pendekar la ada yang macam ustaz. Masing-masing dengan cara-cara yang pelik, ada yang pakai pensil ada yang pakai botol. Mujurlah menjadi.
Sampai pukul satu lebih tak habis-habis lagi. Warden pun suruh la budak-budak girls turun kat medan bendera, senang sikit kalau ade yang kena terus bawak masuk dewan tak payah susah-susah nak bawak turun dari dorm girls. Keadaan dah mula reda, dah takde budak yang kena kacau lagi. Lebih kurang pukul 2.30 pagi baru la warden suruh naik dorm.
17 Jun, Selasa
Malam tadi budak-budak yang kena histeria semua dah kena suruh balik. Pagi ni semua orang muka blur je. Semua penat sebab tidur lambat especially budak girls and budak-budak form 5.
Malam tu semua budak kena kumpul kat surau Ar-Rahman sebab malam ni ada ustaz dari Darul Syifak nak datang. Budak-budak non-muslim pulak kena kumpul kat dalam bilik operasi pengawas boys. Kitorang sembahyang Isyak berjemaah lepas tu baca yasin. Masa baca yasin tu tak de ape-ape tiba-tiba time tengah zikir dengar suara budak perempuan menjerit. Itu petanda maknanya 'benda' dah tu marah balik. Lepas tu sorang demi sorang budak girls kena histeria. Ustaz-ustaz tu pun jalankan la tugas diorang. Mangsa yang paling lama kena rawat tu agaknya kena paling teruk kot. Lebih kurang pukul 12.30 semuanya selesai, itupun katanya ada gak budak girls yang kena time kat blok girls.
18 Jun, Rabu
Ingatkan semuanya dah habis dah, rupa-rupanya belum lagi. Siang tu time tengah-tengah belajar boleh pulak dengar budak perempuan menjerit. Apa lagi, maknanya belum habis la. Ada ramai gak la yang kena. Pasal kat berita yang kate ada budak cederakan diri sendiri tu kurang tepat. Dia cuma tumbuk dinding je takde la teruk mane. Gambar kat paper pun bukan gambar kat sekolah.
19 Jun, Khamis
Hari ni keadaan nampak reda dah. Budak girls pun dah ramai yang balik, ramai takut. Tiba-tiba ada pulak pengumuman besok boleh balik. Memang ape yamg ditunggu-tunggu. Dengar cerita ada ustaz nak 'pagar' kawasan-kawasan yang berisiko.
20 Jun, Jumaat
Lepas solat Jumaat semua pelajar boleh balik bermalam.
23 Jun, Isnin
Semua pelajar dah balik sekolah balik. Tapi salah sorang mangsa kata 'benda' tu still ada lagi cuma tak kacau la, dia boleh nampak 'benda' tu kot.
Buat masa ini keadaan di sekolah tenang.
Tingkatan 6 Akan Guna Sistem Modular
1 hari yang lalu






















2 comments:
fuhh..teruk gak yek kne..
aku just baca dlm paper n dengaq berita tak sedetail nih..
aku old boys smss taun 2003..
bleh tak aku quote kan artikel ni kat website aku? n aku akan link kan ke blog ko utk hakcipta..bleh?
kok machi ada z ya penampakan.