16 March 2009

Biasiswa Dan Pinjaman Untuk Lepasan SPM 2008

Pelajar-pelajar lepasan SPM tahun 2008 yang ingin melanjutkan pelajaran akan diberi peluang untuk memohon biasiswa mahupun pinjaman. Kebiasaannya pelajar-pelajar yang cemerlang akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran manakala pelajar yang kurang bernasib baik akan diberi peluang untuk mendapatkan pinjaman. Jadi tiada alasan untuk tidak menyambung pelajaran.

Untuk itu Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2009. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui alamat laman web http://yayasan.tnb.com.my/sam. Hrus diambil perhatian permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2009. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2009.

Selain itu, Petronas menawarkan pembiayaan untuk calon yang layak untuk memohon Program Pendidikan Petronas Bagi Lepasan 2008. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara. Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Perlu diingat setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00. Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.. Maklumat lanjut boleh didapati di Program Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2008.

Di samping itu Bank Negara turut mengeluarkan bisiswa untuk pelajar-pelajar yang cemerlang. Calon-calon rakyat Malaysia yang layak dipelawa untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2009/2010 bagi mengikuti pengajian dalam bidang yang disediakan. Borang permohonan boleh didapati dilaman web Bank Negara. Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Maklumat lanjut boleh didapati di Biasiswa Bank Negara 2009/2010.

Untuk pelajar-pelajar ataupun ibu bapa mereka yang lahir di Selangor juga yang lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah membuka permohonan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor mulai 2 Februari 2009 yang lalu. Manakala tarikh tutup permohonan ialah 1 April 2009. Bacalah lebih lanjut di Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi 1 2009/2010.

Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akedami 2010 untuk program Sarjana Muda (Undergraduate) dan Sarjana (Postgraduate) adalah dibuka untuk permohonan bermula dari 2 Mac – 7 April 2009. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mac 2009. Maklumat lanjut boleh didapati di Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2010 - Monbukagakusho:MEXT.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi. Layari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional-PTPTN untuk maklumat yang lebih lanjut.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan Program Ijazah Luar Negara (PILN) bagi tahun 2009 untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2008 mengikuti pengajian di universiti luar negara dalam bidang-bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar), Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara. Jumlah keseluruhan bilangan biasiswa yang disediakan bagi tahun 2009 adalah 2,000. Maklumat terperinci boleh didapati di Tawaran Biasiswa PILN 2009.

Jabatan Perkhidmatan Awam juga menyediakan perkhidmatan pinjaman bagi mereka yang berminat dalam bidang yang disediakan. Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM200,000.00 seorang. Had ini ditetapkan agar tidak membebankan pelajar-pelajar untuk membuat bayaran balik selepas tamat pengajian nanti. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri. Sila layari Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara JPA.

Yayasan Khazanah is a foundation established by Khazanah Nasional Berhad – the investment holding arm of the Government of Malaysia. Yayasan Khazanah are entrusted to select, support, groom and nurture exceptional individuals who will eventually take on high-level positions in the best organisations including the Government-Linked Companies (GLCs) in Malaysia. Malaysian citizens are invited to apply Yayasan Khazanah Global Scholarship Programme. The closing date is 22 March 2009. For more info go to
Yayasan Khazanah Global Scholarship Programme 2009.

American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) and the Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) are pleased to announce the competition for the AMCHAM-MACEE 2009 Scholarship. AMCHAM created a scholarship endowment program in 1998 to benefit deserving Malaysian students seeking to pursue their undergraduate studies in the United States. Application deadline is May 30, 2009 at 4:30pm. Fore more info go to 2009 AMCHAM-MACEE Scholarship.

If you want to join a team of passionate, energetic and dynamics individuals who are shaping and influencing the future of Sime Darby, you should consider applying for a scholarship. Yayasan Sime Darby sponsor promising young talent wishing to pursue their academic dreams in local or overseas universities.If you want to join a team of passionate, energetic and dynamics individuals who are shaping and influencing the future of Sime Darby, you should consider applying for a scholarship. Yayasan Sime Darby sponsor promising young talent wishing to pursue their academic dreams in local or overseas universities. The closing date is on21 March 2009. For more infi go to Yayasan Sime Darby Undergraduate Local And Overseas Scholarship 2009.

Continuing their commitment, Honda Malaysia Sdn Bhd and its partner, the United Nations Development Programme (UNDP) today announced the opening for new applications for the Honda Dreams Fund, the third year since its launch in April 2007. With 40 scholars today enrolled in the courses of their choice and taking the first step towards achieving their dreams, 20 more will soon be given this similar life-changing opportunity. The Honda Dreams Fund (HDF) aims to provide full and non-binding scholarships to 20 underprivileged, but determined students annually to pursue higher education or skills training. Application deadline is 31st March 2009. For extra info go to Honda Dreams Fund Scholarship For The Third Year.

Anak-anak kelahiran Negeri Perak juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan Negeri Perak menawarkan pinjaman pendidikan kepada mereka yang layak untuk mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah, Master dan Ph.D. Semua borang permohonan berserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 30 Jun 2009. Maklumat lanjut boleh ke Pinjaman Pengajian Anak-Anak Negeri Perak 2009

Shell Malaysia offer a number of scholarships to support students in achieving their personal goals and ambitions. The scholarship is awarded to Malaysian students for pursuing full-time undergraduate studies (1st degree course) tenable at recognized universities in Malaysia or overseas, and Pre-University studies in Malaysia. In addition, Shell also award 2 scholarships to study Msc in Geoscience with Universiti Teknologi Petronas. For more info, go to Shell Scholarships 2009.

Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM/A-Levels/SAM, CPU atau setaraf dengannya pada tahun 2008, anda berpeluang untuk memohon Biasiswa Kumpulan Utusan 2009. Penajaan biasiswa adalah ditawarkan kepada calon-calon Bumiputra terpilih bagi mengikuti kursus sepenuh masa di Institute Advertising Communication Training, Petaling Jaya, Selangor. Tarikh tamat permohonan ialah pada 26 Mac 2009. Maklumat tambahan boleh didapati di Biasiswa Kumpulan Utusan 2009.

The UEM Group Scholarship offers scholarships to support the national objective of creating elite scholars and serve as a talent supply chain to develop world-class leaders who are capable of undertaking strategic positions in GLCs. If you are an excellent student, talented, dynamic and ambitious, then UEM Group want you to be a part of their growth. The closing date for UEM Scholarship is 31 March 2009. For more info, go to UEM Scholarship 2009.

Jika anda layak, jangan lepaskan peluang untuk memohon biasiswa dan pinjaman yang dinyatakan di atas. Di samping itu pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

2 comments:

  1. sime darby taja dak medic x?

    ReplyDelete
  2. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.


    Joannah

    http://linuxmemory.net

    ReplyDelete