Tekanan adalah satu keadaan di mana seseorang itu akan mengalami kemurungan ataupun keadaan di mana kita rasakan sentiasa berada dalam tergaunggu. Ini mungkin disebabkan sesuatu yang mengganggu fikiran. Tapi baru-baru ini aku ada tengok satu rancangan kat tv, orang kata tekanan itu satu motivasi, betul ke??? Kat sini aku nak kongsi sikit apa yang penceramah tu kata...
Dia kata:
Tekanan boleh datang daripada pelbagai aspek. Antaranya tempat kerja, sekolah dan keluarga. Tekanan ni bukannya datang berasingan dan kadang kala datangnya sekaligus dan bukan pada waktu yang kita nak satu situasi itu berlaku. Samalah macam peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga.
Contoh yang lain adalah dengkikan kejayaan rakan di tempat kerja. Kita tertekan kerana kita telah lama bekerja di situ tapi rakan kita yang dapat naik pangkat dulu. Tertekan dengan kejayaan rakan dapat dicapai mungkin dalam masa sekelip mata. Dalam kondisi ini kita disuruh untuk berfikir secara positif, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Cara yang terbaik ialah mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Dengan ini tekanan yang dihadapi akan berkurang dan tumpuan terhadap kerja dapat dikembalikan.
Bagi pelajar sekolah kerja sekolah yang dikatakan 'malambak' telah menjadi menjadi satu tekanan. Guru-guru bukan berniat untuk memberi homework yang banyak tapi mungkin sesuatu topik itu dirasakan perlu untuk pelajar melakukan latihan extra. Jika difikirkan dari sudut positif memang tidak mungkin menjadi beban. Mungkin salah pelajar itu sendiri yang suka menangguhkan homework yang diberi.
Selain tu, ada banyak lagi perkara yang mendorong kita menjadi tertekan. Salah satunya ialah perkahwinan. Dalam rumah tangga susah tentu pelbagai cabaran yang menduga kita. Sebagai contoh cabaran untuk membesarkan anak, makan minum keluarga dan juga perancangan masa depan yang sempurna. Tengok masalah dari satu sudut yang positif. Bnyakkan baik sangka daripada buruk sangka juga ambil masalah yang datang sebagai cabaran.
Tips-tips untuk hadapi tekanan:
- Solat
Bagi seorang Islam solat dapat memberi ketenangan jiwa. Satu kajian mengatakan setiap perbuatan dalam solat mempunyai khasiatnya sendiri. - Baik sangka
Baik sangka terhadap semua orang. Suami bersangka baik terhadap isteri, majikan bersangka baik terhadap anak buah dan begitu juga sebaliknya. Ingat, jaga tingkah laku... - Lihat Kerja Sebagai Cabaran
Ambil positif setiap tugasan yang diberikan. Jangan mengeluh!! - Maafkan Orang
Sebelum tidur maafkan semua kesilapan orang lain dan begitu juga kita memaafkan kesilapan orang lain. Maka hidup akan menjadi tenang.. - Jangan Berdendam
Dendam hanya menyebabkan tekanan dalam badan tinggi dan mungkin akan terkena tekanan darah tinggi!! - Rapatkan Silaturrahim
Rapatkan hubungan dengan semua orang tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Wassalam...

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=3dffd884-c76b-4222-87d0-e5b229e18d67)























0 comments: