Papadom;seorang anak, bapa dan papadom

Kategori: , , oleh: Bambang

Photobucket
Hari ni aku teringin pulak nak tengok cerita Papadom, aku nak tau jugak kenape cerita ni boleh menang Festival Filem Malaysia(FFM). Sekali tengok tajuk mesti korang ingat movie ni just an ordinary comedy movie je kan. Tapi ape yang cube ditekankan pengarah ialah macam mana kasih sayang seorang bapa tu yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata tapi kadang-kadang disalah erti oleh anak mahupun orang sekeliling kita.

Kehidupan miskin Saadom mendorong nya untuk bekerja dengan lebih keras hinggalah pada suatu hari dia mendapat peluang mengembangkan gerai kecilnya kepada sebuah restoran yang lebih selesa. Kehadiran Miasara menambah lagi keceriaan rumahtangga Saadom dan mendorong lagi Saadom untuk bekerja dengan lebih keras. Kehidupan Saadom bertambah selesa dan segalanya nampak sempurna tetapi perhatian yang sedikit kurang daripada Saadom menambah sedikit kekurangan dalam keluarga ini. Sehinggalah pada suatu hari...

Mon, isteri Saadom ditimpa kemalangan dan meninggal. Saadom menyalahkan dirinya kerana tidak ada di tempat kejadian. Miasara telah membesar menjadi pelajar yang bijak dan dijaga bagai menatang yang penuh oleh Saadom. Mia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam. Bagi memastikan Mia berada dalam selamat Saadom bekerja sebagai tukang kebun di situ.

PhotobucketPerkenalan Mia dengan seorang senior nya telah mula mengaburi tujuan utamanya ke universiti. Saadom cuba menyelamatkannya tetapi telah diugut oleh seorang penuntut di situ. Akhirnya kebenaran telah terbongkar, pihak universiti telah mengetahui identiti sebenar Saadom dan memecatnya. Mia telah disuruh untuk memberhentikan pengajiannya tetapi.....

Movie ni akan membuat penonton tidak kering gusi, tetapi serta merta mampu membuat air mata berlinangan..

-THE END-
so aku recommand korang untuk g tengok movie ni, gerenti besh!!

Reblog this post [with Zemanta]

0 comments: